.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Monday, December 20, 2010

20 Disember 2010




ASSALAMUALAIKUM WBT...

Alhamdulillah kerana masih bernyawa...

Hari ni p fakulti untuk lihat perkembangan bakteria-bakteria asid laktik dari tempoyak yang dibiak tumbuh di atas agar MRS...Insyaallah bakteria-bakteria tu tak mau hidup gak...huhuhu..
rasa sedih la gak...T_T

Terus p jumpa supervisor thesis ni dan bagitau pasai masalah bekteria yang tak mau hidup...banyak gak dia soal siasat..muka dia agak serius, so kita pun buat la serius gak...hehe ^_^ Selepas beberapa minit soal jawab, dia suruh check under microscope nk tengok bakteria dalam stok kultur tu dah mati ka belum..huhu..tadi p la check under microscope, belek punya belek macam ada ja bakteria...huhu..


Lastly ambil keputusan nak kultur bakteria tu lagi sekali...tengah dok tunggu Syusyi guna laminar flow, tiba-tiba kak hajar (senior yang ambik master) mai..dia cakap ada stok bakteria yang dia baru jumpa...so, apa lagi mulakan mengkultur bakteria dari sumber yang baru...Insyaallah dari pengamatan tadi, rasanya stok neh masih fresh dari ladang...hehehe...sebab stok tahun ni...stok sebelum ni yang tahun 2009 punya...

Mintak-mintak la bakteria kali ni berjaya hidup atas agar MRS..Aminnn...

Ya Allah, hidupkanlah bakteria atas agar MRS ku...sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dalam menghidup dan mematikan...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Ilalliqo'

Agar MRS tanpa pertumbuhan bakteria..

Mari lihat lebih dekat...huhuhu...memang tiada pertumbuhan langsung...no contamination at all...huhuhu...(-_-)








Friday, December 17, 2010

17 Disember 2010

Assalamualaikum...

Ok..hari neh nak update blog yg dah berbulan-bulan tak diupdate...sampai nak dekat hujung tahun 2010..huhu...

Perkembangan terbaru sekarang:

  1. Alhamdulillah dah tahun 4...dah habis first sem exam..huhu...
  2. Sedang melakukan thesis...huhuu..
  3. Sedang mengalami masalah dengan thesis apabila bakteria yg dikultur tak mau2 hidup...huhuhu... Ya Allah, mudahkan pertumbuhan bakteria atas agar MRS ku...Aminnn..
  4. Merindu keluarga di Alor Star, Kedah...huhuhu...nak balik umahhhhhhhhh!!!!! T___T

Hurmmm...yang tu ja kot yang sedang dilakukan buat masa neh...hehehe...

Hopefully, dapat jalankan beberapa ujikaji untuk thesis neh (satu pun jadi lah, at least da progress...)...tak mau kelam-kalut untuk next sem..banyak lagi kot kerja kena buat untuk next sem..huhuu...

Semoga dipermudahkan-Nya...Aminnn...

Sunday, April 11, 2010

Latihan Industri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk minggu kedua buat praktikal dekat JPS Kedah (Jabatan Pengairan & Saliran). ermm..so far nt so good..huhuu..serius tak tau adakah pilihan buat LI kat sini adalah betul..huhu...risau sangat-sangat...kawan-kawan yang lain semua dapat tempat LI yang best..maksud best, boleh aplikasi apa yang belajar dalam industri..tapi kat JPS ni, insyaallah boleh diaplikasikan..tapi tak tau macam mana..hanya menunggu waktu untuk di bawa ke site untuk tengok projek-projek diaorang...tapi masih menunggu..tapi hari ni, alhamdulillah dibawa p ambil botol-botol untuk ambil sampel..tapi orang yang sepautnya handle benda ni, tak dak la pulak time kitorang p..huhuu..hampa..insyaallah ada peluang kita p lagi na..

Kat sini banyak buat office works..bukannya tak suka, tapi nak buat kerja yang pernah dibelajar..nak praktikkan ilmu-ilmu tu..huhu..tapi tak tau la..Ya Allah permudahkanlah...Sesungguhnya Engkau mengetahui yang terbaik untukku di dunia & akhirat...Amin..

Wednesday, March 17, 2010

Nak Seperti Dulu...

Saya nak kita seperti dulu,
Makan bersama-sama,
Ketawa bersama-sama,
Mengeluarkan cerita yang pelik-pelik bersama-sama,
Membincangkan topik-topik panas bersama-sama,
Membincangkan kerisauan FINAL EXAM bersama-sama,
Menduga soalan-soalan exam bersama-sama...
Waah, indahnya....

Tapi kini...
Yang ada hanya satu jari..
Tidak seperti dulu..
Banyak jari-jarinya..
Yang bergerak bersama-sama...
huhu...

Mungkin masa telah mendewasa dan menjarakkan kita...
Kita punyai cara yang berbeza..
Kita punyai rasa yang berbeza...
Kita punyai kerja dan bebanan yang berbeza...
Kita punyai pemikiran yang berbeza..
Kita punyai kemahuan yang berbeza...

Namun, diharap perubahan ini...
Tidak merubah apa yang kita bina selama ini..
Sesuatu yang kita bina sejak hampir tiga tahun yang lalu..
Sesuatu yang mengikatkan kita..
Ikatan yang suci dan murni...
Ikatan persahabatan...

Semoga ikatan ini..
Sentiasa dikasihi-Nya
Dirahmati-Nya...
Diredai-Nya...
Insyaallah...
Amin...






Sunday, March 14, 2010

Alhamdulillah...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan untuk keluar jalan-jalan dengan abg chik..dah lama rasanya tak keluar jalan-jalan dengan abg chik...hari ni kami pi jalan-jalan kat Warta..walaupun tempat tu tak la sehebat mana, tapi bila keluarga bersama-sama ahli keluarga kita akan rasa lebih bahagia...ermmm...emosi plak hari ni...huhu...Insyaallah semoga boleh keluar jalan-jalan lagi...tadi masa pi jalan-jalan, chik bagitau yang dia Insyaallah nak pindah rumah kat Shah Alam start bulan April...huhu..sedih sebenarnya..tapi nak buat macam mana, Shah Alam lebih dekat dengan tempat kerja chik..dia pun dah tak larat nak ulang -alik pi tempat kerja dari Bangi ni..jauh..chik kata, ''Tak pa la, nanti adik boleh hidup berdikari sket...Nanti pi beli tiket bas awai2...', huhu...sedihnya dengar ayat 2...macam nak nangis, tapi tak kan nak nangis kat depan2 chik kot...huhu..(depan laptop baru boleh nangis tau..huhu)...Nanti dah tak dak sapa dah la yang dekat dengan Bangi(ahli keluarga terdekat...) Mama & Abah dah larat nak mai melawat selalu...jadi, kat sini tumpang kasih sayang dengan kawan-kawan ja la...huhu..ermm..macam ni hidup perantauan...huhu....sabar la na....Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya...berserah saja pada Allah...Insyaallah..Amin

For Abg Chik, hopefully you can have a wonderful life in Shah Alam...Insyaallah, semoga sentiasa di bawah lindungan dan reda Allah...Amin

p/s: Tujuan jalan-jalan- untuk tukar bateri jam & beli barang-barang keperluan (eg. makanan..haha)




Friday, March 12, 2010

Bukan Untuk Sesiapa, Sekadar Renungan Bersama...hehe

Assalamulaikum & good morning (sebab tulis blog ni time pagi..hehe)

Actually banyak kerja yang kena buat..Report IP, kerja kursus bioseparation, study for final exam..kalu buat countdown, dalam 9 hari lagi nak final exam...huhu.. tak study apa-apa pun lagi..dok kalut dengan project nu la ni la..huhu..Hopefully dapat siapkan suma kerja-kerja sebelum minggu depan..sebab nk fokus untuk study..huhu..tapi tak tau la sempat ka tak..sebab projects ni memerlukan masa yang lama(sebab buat sambil main benda len..hehe)
Insyaallah semoga dipermudahkan-Nya...Aminn..

Lagi satu nak cerita..eh,bukan...nak tanya..bukan-bukan..nak bagi pendapat kot..erm..tak tau la..yang pasti nak tulis kat sini gak..Orang kata kalau kita bagi sesuatu kat orang lain..tak semestinya benda..boleh jadi pertolongan, bantuan,sokongan dan sebagainya...kita jangan harapkan balasan..ermmm...memang betul..tapikan, kadang-kadang kan, rasa macam tak patut pulak...tak bolehkah orang telah menerima bantuan, sokongan n etc menghargai apa yang orang dah buat kat dia..memang la orang tu tak minta directly yang you kena balas apa yang dia bagi..tapi faham-faham sendiri la...In my opinion, bukan semua orang yang bagi sesuatu memberinya dengan ikhlas..serius takdak..kalau ada pun, sedikit ja kot..huhu...OH..maybe ada yang kata dia ikhlas bagi something, pastu dia kata, "NANTI BILA I SUSAH YOU TOLONG I PULAK"...eh, makcik..kalau cakap macam tu pun dikira tak ikhlas tau.(dengar dari ceramah mana ntah..dia cakap macam tu..) Mengharapkan balasan bila susah..ermm...tak tau la...Even me, kadang-kadang mengharapkan pemberian akan dibalas diwaktu susah..tapi kan, sesetengah orang ni kan..macam dia lupa ada orang tolong dia waktu dia susah..bila dia dah senang, apa yang kita tolong tak tau la pi mana..buat2 hilang ingatan ka pa...isyh2...manusia mudah lupa..

Conclusion..maybe tak perlu membalasi tapi sekadar menghargai...Renung-renungkan dan selamat beramal..peace..no war...

Thursday, January 28, 2010

Pasrah Segalanya...

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Thursday, January 14, 2010

nak cuti - kerja menimbun+2(rasa bersalah) = sakit kepala

Assalamualaikum..

Huh..penatnya nak pilih tajuk untuk entry kali ni...selalu macam ni..susah nak letak tajuk yang sesuai..lastly buat equation...muahahaha

Ok..nak buat derivation for that equation..Firstly untuk nak cuti..senang ja nak terbitkan part ni..sebab Insyaallah midsem break akan bermula 18-24 January 2010..(yeaaa...)
Untuk kerja menimbun, dihasilkan daripada midsem break...biasa la, bila nak cuti, mesti ada ja kerja yang akan diberi untuk mengisi masa cuti tu..(hey! kalau bagi kerja time cuti, baik tak yah bagi cuti...huhu..)tapi nak gak cuti tu..rindu kat family la..uwaaaa....:(

Rasa bersalah terjadi bila balik awal daripada kawan-kawan yang lain..Kesian kat depa..huhu...mesti sedihkan bila tengok kawan kita balik, tapi kita tak boleh balik lagi....Dah pernah alami perasaan tu, jadi memang pro la nak tafsir perasaan ditinggalkan..huhu..Sorry friends, i've to go home first..Insyaallah korang akan mengikut jejakku kemudian..dan Insyaallah time tu akan tiba, korang tak yah la sedih2 lagi..hehehe...

Rasa bersalah yang kedua timbul untuk open-ended lab..ketua kumpulan nak buat lab hari Jumaat, tapi disebabkan ZATUL telah dibeli tiketnya pada malam Khamis...maka lab terpaksa postponed kepada hari yang akan diberitahu kemudian..waaaa...(dalam mood rasa bersalah...)

Lepas balik kelas dan selepas pi cari barang-barang untuk open -ended lab...sakit kepala..huhu..maybe disebabkan kesinambungan pembolehubah-pembolehubah diatas..huhuu..yang bestnya, nak kena tukar pulak eksperimen untuk open-ended ni...sebab asid amino yang nak guna kena tempah dulu..dalam bulan February ja boleh tempah...huhu...ok la...reda ja la...dugaan semasa mencari ilmu...huhu

Insyaallah malam ni balik Alor Star dengan Chik..hehe..Semoga Allah lindungi, redai dan rahmati perjalanan kami untuk balik..Amin...:)


Untuk merasai kebahagiaan yang sedikit, kita terpaksa mengharungi beribu-ribu onak dan duri...selepas satu, yang lain pulak hadir...tapi semua itu, Insyaallah akan dapat ditempuhi dengan keyakinanku dengan janji- Mu,Ya Allah...Semoga dipermudahkan-Nya...Amin..

"Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, di sertai kemudahan,"(Ayat 5, Surah Al-Insyiraah)




Saturday, January 9, 2010

Epi bday kak Faiezah!!!

Assalamualaikum...

Sekarang dah pukul 12.51am...jadi dah 9hb Januari 2010...hehe..HAPPY BIRTHDAY KAK FAIEZAH (my sister in law)...actually dah wish kat facebook and mesej..hehehe...kat blog pun nak wish lagi...(apa salahnya kan, setahun sekali ja pun...)

Ok..malam ni insyaallah tidur sorang lagi...diyanah keluar dengan family dia...so, kena la tinggal..hehehe...Insyaallah esok pagi nak pi jogging dengan Diba & helwa...tapi seriously keja banyak sangat tak siap lagi..(tapi sempat plak menaip untuk blog..muahaha)

Waahhh...malasnya nak buat semua kerja ni..dengan ada midsem plak minggu depan...Ya Allah, berikanlah kekuatan untukku meneruskan perjuangan yang telah aku mulakan ini...Amin...

Ya Allah tidakku terdaya lagi,
Menahan dugaan yang mencabar ini,
Terasa bagai noktah telah kutemui,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai...

Ya Allah engkau lindungilah aku,
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,
Agar tabahku menghadapi dugaan,
Agar tidakku berhenti di pertengahan...