.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Thursday, January 28, 2010

Pasrah Segalanya...

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Thursday, January 14, 2010

nak cuti - kerja menimbun+2(rasa bersalah) = sakit kepala

Assalamualaikum..

Huh..penatnya nak pilih tajuk untuk entry kali ni...selalu macam ni..susah nak letak tajuk yang sesuai..lastly buat equation...muahahaha

Ok..nak buat derivation for that equation..Firstly untuk nak cuti..senang ja nak terbitkan part ni..sebab Insyaallah midsem break akan bermula 18-24 January 2010..(yeaaa...)
Untuk kerja menimbun, dihasilkan daripada midsem break...biasa la, bila nak cuti, mesti ada ja kerja yang akan diberi untuk mengisi masa cuti tu..(hey! kalau bagi kerja time cuti, baik tak yah bagi cuti...huhu..)tapi nak gak cuti tu..rindu kat family la..uwaaaa....:(

Rasa bersalah terjadi bila balik awal daripada kawan-kawan yang lain..Kesian kat depa..huhu...mesti sedihkan bila tengok kawan kita balik, tapi kita tak boleh balik lagi....Dah pernah alami perasaan tu, jadi memang pro la nak tafsir perasaan ditinggalkan..huhu..Sorry friends, i've to go home first..Insyaallah korang akan mengikut jejakku kemudian..dan Insyaallah time tu akan tiba, korang tak yah la sedih2 lagi..hehehe...

Rasa bersalah yang kedua timbul untuk open-ended lab..ketua kumpulan nak buat lab hari Jumaat, tapi disebabkan ZATUL telah dibeli tiketnya pada malam Khamis...maka lab terpaksa postponed kepada hari yang akan diberitahu kemudian..waaaa...(dalam mood rasa bersalah...)

Lepas balik kelas dan selepas pi cari barang-barang untuk open -ended lab...sakit kepala..huhu..maybe disebabkan kesinambungan pembolehubah-pembolehubah diatas..huhuu..yang bestnya, nak kena tukar pulak eksperimen untuk open-ended ni...sebab asid amino yang nak guna kena tempah dulu..dalam bulan February ja boleh tempah...huhu...ok la...reda ja la...dugaan semasa mencari ilmu...huhu

Insyaallah malam ni balik Alor Star dengan Chik..hehe..Semoga Allah lindungi, redai dan rahmati perjalanan kami untuk balik..Amin...:)


Untuk merasai kebahagiaan yang sedikit, kita terpaksa mengharungi beribu-ribu onak dan duri...selepas satu, yang lain pulak hadir...tapi semua itu, Insyaallah akan dapat ditempuhi dengan keyakinanku dengan janji- Mu,Ya Allah...Semoga dipermudahkan-Nya...Amin..

"Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, di sertai kemudahan,"(Ayat 5, Surah Al-Insyiraah)




Saturday, January 9, 2010

Epi bday kak Faiezah!!!

Assalamualaikum...

Sekarang dah pukul 12.51am...jadi dah 9hb Januari 2010...hehe..HAPPY BIRTHDAY KAK FAIEZAH (my sister in law)...actually dah wish kat facebook and mesej..hehehe...kat blog pun nak wish lagi...(apa salahnya kan, setahun sekali ja pun...)

Ok..malam ni insyaallah tidur sorang lagi...diyanah keluar dengan family dia...so, kena la tinggal..hehehe...Insyaallah esok pagi nak pi jogging dengan Diba & helwa...tapi seriously keja banyak sangat tak siap lagi..(tapi sempat plak menaip untuk blog..muahaha)

Waahhh...malasnya nak buat semua kerja ni..dengan ada midsem plak minggu depan...Ya Allah, berikanlah kekuatan untukku meneruskan perjuangan yang telah aku mulakan ini...Amin...

Ya Allah tidakku terdaya lagi,
Menahan dugaan yang mencabar ini,
Terasa bagai noktah telah kutemui,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai...

Ya Allah engkau lindungilah aku,
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,
Agar tabahku menghadapi dugaan,
Agar tidakku berhenti di pertengahan...